Assalammualaikum semua...
Apa khabar? So far i sehat jer. Cuma sangat busy sebab peperiksaan pertengahan tahun dah bermula.. Today nak share resipi yang sangat sempoi dan mudah. sekejap jer dah siap dan bahan-bahannya pun sangat simple. I buat malam nie sebab esok boleh bawa bekal ke sekolah. So, enjoy people!
source : www.hanamemories.blogspot.com
source : www.hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat (i tak guna)
- 1/2 cawan krim - (i tambah sendiri)
- 170ml susu cair
- 10gram serbuk agar2 @ sepeket
- 1/2 cawan gula -
- 2 sudu besar butter@marjerin - cairkan (i lupa nak masukkan kikikiki)
- 31/2 cawan air
- 1 sudu teh pes kopi
Cara-cara
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,krim, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
- Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
- Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
- Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
0 comments:
Post a Comment