Pages

Sunday 29 May 2011

Marble Cheese Brownies

Assalammualaikum

   Wahhhh.. Dah lama sangat tak mengupdet blog nie. Bukannya tak ada aktiviti memasak or baking, tapi x sempat nak updet. Bila dekat ngan cuti sekolah dan juga minggu exam, memang "gelut" and "kalut" sikit. Hihihihihi... 
   Arinie dah hari Ahad, minggu pertama cuti pertengahan tahun. Nama ja cuti, tapi kerja berlambak yg perlu diselesaikan. Kertas exam jangan cerita la, ada 2 kelas form 4.. Bercinta jugak nak abis menanda paper 1 tue.. 
   Tapi, dalam kebizian tue, ari nie sempat jugak buat brownies. Lama dah dok teringin nak buat and makan brownies nie. Alhamdulillah ari nie berkesempatan buat. So, meh layan gambaq and resipinya okies.... Resipi nie bukan resipi original dari saya. Saya ambil dari teratak impian...



Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair - saya guna fresh milk
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla - saya guna vanilla powder

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

0 comments:

Post a Comment