Pages

Friday 6 May 2011

Pulut Kuning & Rendang Pedas Perak Style...

Assalammualaikum....

Selamat hari Jumaat... Oleh sebab arinie cuti ujung minggu kat sini, incik hubby pun rikues untuk makan pulut kuning with rendang. Aduhaiii... masalahnya selama nie i makan pulut yang orang lain masakkan. Tak pernah masak sendiri. Berdebar juga nak buat nie. Tapi setelah buat rujukan kat buku dan blog sifu-sifu, akhirnya baru ler dapat idea macam mana nak buat/masak pulut kuning nie. SENANG saja rupanya...!!! Kikikiki.. Meh lihat hasil dan resipinya okies.. Enjoy people!

Pulut Kuning
Sumber : http://yatiememories.blogspot.com

Bahan-Bahan
4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul
Cara-Cara
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.


Rendang Pedas Perak Style


Bahan-Bahan
1 ekor ayam
3 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
3 sudu besar cili kisar - ikut selera masing-masing
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut

2-3 keping asam
2 cawan santan pekat + 1 cawan air
garam & gula secukup rasa
 
Cara-Cara
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*).
  2. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit dan daun limau purut di atas di dalam kuali/periuk. Masak semua hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, bolehlah di tutup api.
  5. Hidangkan bersama pulut kuning... 
Sangat mudah kan??? So, selamat mencuba!!!!

0 comments:

Post a Comment