Pages

Sunday 16 October 2011

Jalan-jalan ke Jeti Kuala Kedah....








Kejohanan Badminton Luar Musim 2011







Tempat : Dewan ASRC, Alor Setar
Tarikh : 13 Oktober 2011

Olahraga Luar Musim 2011

 Mula-mula sampai cuaca panas elok ja... tapi lepas dah angkut semua barang keperluan... tup-tup jadi cam nie....
 makin lebatttt....
 dan makin lebat....
 lebatttttttt
trek mula dipenuhi air...


 selepas 15 minit, alhamdulillah hujan berhenti dan kembali cerah.....
kejohanan diteruskan seperti yang telah dirancang...

Blog bersawang.....

Assalammualaikum..
     wahhh... dah lama sangat tak update blog nie kan. Hampir 2 minggu dah rasanya. I am so sorry sebab memang sangat bizi bila tiba hujung tahun nie. Waktu nie semua jenis exam yang sangat penting berlaku kat sekolah. So, cikgu-cikgi dan anak-anak pelajar semuanya sangat sibuk.
   Tapi, dalam bizi kat sekolah dengan acara ulangkaji pelajaran dan juga peperiksaan, beberapa orang kawan and I tetap dipanggil untuk bertugas di luar kawasan sekolah. So, meh nak share beberapa events yang berlaku sepanjang blog nie ditinggalkan ya.. Enjoy people ^_^

Wednesday 5 October 2011

Good Luck!

Good Luck untuk semua anak-anak pelajar yang menduduki peperiksaan PMR!!

Friday 30 September 2011

Mee Goreng Basah incik hubby's style

   Alhamdulillah, thanks to incik hubby sebab tolong buatkan breakfast pagi nie. I dok bizi siapkan tempahan Kak Umi, so dia tolong masakkan mee goreng basah. I dah siapkan semua bahan-bahan yang diperlukan dan taraaaaaaaa.... 30 minit selepas itu, inilah hasilnya. Enjoy people!




Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
2 ketul ayam - dipotong kecil
8-10 ekor udang - saiz sederhana
100g taugeh
100g kucai
1 tangkai cili merah - dihiris halus
3 ulas bawang merah
2 biji tomato - dihiris 
2-3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
--------------------------
*1 sudu besar kicap pekat
*1 sudu besar sos tiram
*1/2 sudu teh jus limau
*secubit garam dan gula - secukup rasa
- semua bahan (*) dicampur
---------------------------------------------
cara-caranya:
- tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau wangi.
- masukkan daging ayam dan masak dalam 5-7 minit.
- masukkan cili kisar dan masak sampai cili kisar pecah minyak.
- masukkan udang yang telah dibersihkan. Gaul rata.
- masukkan semua bahan (*) dan biarkan hingga masak sedikit.
- masukkan 1 cawan air. kemudian masukkan mee kuning.
- jika suka mee berkuah sedikit, boleh ditambah air lagi.
- masukkan taugeh, kucai dan tomato. gaul rata.
- apabila masak, tutup api dan di hidangkan.

Blueberry Cheese Tart

Assalammualaikum semua....

   Sihat ari nie? Hopefully semua sihat n ceria di hari minggu ini ya. Alhamdulillah arinie I tak ada aktiviti yang padat. Kelas tambahan dengan anak-anak form 5 akan dijalankan pada waktu malam di hari persekolahan sebab I nak bagi diaorang masa untuk berehat di hujung minggu. Aci la kan cam tue. Hihihihi

   Well, yesterday my dear Kak Umi minta tolong I buatkan Blueberry cheese tart untuk jamuan hari raya kat taman perumahannya lepas solat jumaat hari ini. So, pagi tadi I bizi menyiapkan tempahan beliau. So, layan ler gambar yang sekeping nie ya... Entah kenapa terambik sekeping jer gambarnya. *_*

2 dozen Blueberry Cheese Tart

Monday 26 September 2011

Bunga-bunga pilihan mama

Assalammualaikum...
   Selamat pagi semua! Hari ini I nak share some pictures bunga-bunga yang menjadi pilihan my darling mama. Semua bunga-bunga nie, kami tengok dan ambil gambarnya kat pameran yang telah diadakan pada hari Sabtu baru-baru ini. So, meh layan ya...























Sunday 25 September 2011

Masak lemak cili api ayam dan kentang

Assalammualaikum... Morning semua..

     Today my friends and I buat pot luck kat tempat kerja. So, i masak 1 lauk yang sangat simple and cepat untuk disediakan. Yesterday, seharian balik ke rumah my parents. Sampai rumah dalam jam 9.30pm then terus siapkan bahan dan masak. Meh layan gambar dan resipinya ya... Enjoy people :)

Bahan-bahannya:
8-10 ketul ayam
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - diketuk sedikit
2 keping asam gelugor
1/2 tin susu cair
1 cawan air
4 biji ubi kentang - dipotong
1 helai daun kunyit - dicarik-carik
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Tumbuk @ blend cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan sedikit garam.
2. Campurkan bahan tumbuk, air, serai, asam gelugur dan kentang ke dalam periuk dan jerang di atas api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan ayam dan susu cair. Masak hingga ayam empuk. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan daun kunyit dan tutup api.
5. Hidangkan bersama nasi panas..

Friday 23 September 2011

Apam Mentega

My first attempt untuk buat "Apam Mentega"... Rupa tak ada, rasa memang best!