Pages

Friday 17 June 2011

Kuetiau Kung Fu

Malam nie hubby nak makan something yang simple lagi. Dia kuarkan kuetiau dari peti harta karun. So, bila browse buku 1 Hari 1 Resipi, i berkenan untuk mencuba resipi Kuetiau Kung Fu.. So, jemput layan gambar dan selamat mencuba!


Bahan-bahan
A:
1 bungkus kuetiau
5 biji telur (i guna 2 biji aja)

B:
150 - 200 gram isi ayam
4 ulas bawang putih
Taugeh (saya tak tahu nak sukat cam mana. hihihi)
1/4 bahagian kubis cina
2 sudu sos tiram
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
2 sudu minyak zaitun
1 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)
11/2 cawan air atau air rebusan ayam
*boleh juga diletakkan pelbagai jenis sayur seperti kubis bulat, lobak merah, sawi, kailan, bunga kubis
*boleh juga diletakkan isi udang, sotong, daging, bebola ayam, bebola ikan

Cara-cara
1. Panaskan minyak kemudian goreng telur dan kuetiau dalam kuantiti yang sedikit sehingga sedikit garing. kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak lagi. Tumiskan bawang putih hingga sedikit garing, kemudian masukkan isi ayam. goreng sehingga ayam sedikit garing.
3. masukkan air atau air rebusan ayam bersama sos tiram dan lada hitam. biarkan mendidih.
4. Masukkan taugeh dan kubis cina. Biarkan hingga sayur masak.
5. Masukkan tepung jagung yang sudah dicampur air dan kacau supaya tepung tidak bergentel.
6. Tutup api dan tuangkan kuah atas kuetiau dan hidangkan.
7. Sangat sedap dimakan ketika masih panas..

Selamat mencubaaaaaaa!!

Lemon and Coriander Couscous with Lemon Honey Grilled Chicken

Assalammualaikum...

   Apa menu lunch korang hari nie ya? Untuk incik hubby and i, hari nie kami makan couscous dan ayam panggang. Hari tue beli couscous nie kat tesco jer. Saja nak try cam mana rasanya. Alhamdulillah nampaknya sedap... Next time nak try wild mushroom couscous pulak. So, enjoy ya!
Lemon Honey Grilled Chicken
4 ketul chicken tights
4 ketul paha ayam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar lemon juice
1-2 sudu besar madu
1-2 sudu besar lada hitam - dikisar kasar
1-2 biji cili merah - buang biji dan dicincang halus
sedikit garam - ikut citarasa sendiri

Cara-cara
1. Campur minyak zaitun dan lemon juice. Kacau sebati.
2. Masukkan semua bahan yang lain kecuali ayam. Kacau hingga sebati.
3. Basuh ayam dan kelar sedikit pada isinya.
4. Gaulkan ayam dengan bahan perap. Gaulkan semuanya dan perap 2-3 jam.
5. Bakar hingga masak..

Selamat mencuba...

Dusun Part 2

Assalammualaikum.. Salam hari Jumaat semua...
   Hari nie i nak share pictures dusun Part 2. Ini dusun my abah... Gambaq kali nie pasai pokok-pokok yang ada kat dusun. So, enjoy la tengok gambar-gambar nie semua ya. :)

 pokok asam gelugur (buahnya dibuat asam keping)

 pokok mempelam 

 pokok daun palas (yang digunakan untuk buat ketupat palas)

 pokok pisang nangka

pokok buah salat @ pokok buah mentega

Tuesday 14 June 2011

Dusun Part 1



 bunga durian

bunga durian
 
bunga durian

 pondok rehat

 pokok rambutan, limau nipis, dokong

bunga durian
 
Salam semua. 
kali nie entry pasal dusun my parents. Tapi part 1 nie dusun A, iaitu dusun yang my parents tanam pokok rambutan, langsat, dokong, limau nipis majoritinya. Pokok durian kat sini ada sepokok jer pun. Tapi alhamdulillah berbunga jugak dia. Kat sini jugak ada jugak abah tanah pelbagai jenis pokok pisang. I ada jugak test tanam pokok lemon kat sini. So far nampak cam naik segar ja. Harap nanti boleh la petik our ouw buah lemon untuk buat lemonade. Hihihihihi...

Pumpkin Pie

   Hujung minggu yang lepas, my mama rikues nak makan pumpkin pie nie. Dulu i ada buat sekali untuk dia masa mother's day. So, lepas tue dia memang suka la dengan pie nie. I am so happy sebab dia suka. Tapi tak boleh nak buat selalu sebab it is very "heavy" dish. Sesekali nak makan tue boleh la.
   Oleh sebab sekarang nie my parents banyak abiskan masa diaorang kat dusun dan banyak la tenga yang diperlukan dan dikeluarkan. Jadi, boleh la i buatkan pie nie. So, meh layan picture ya... :)

Sunday 5 June 2011

Donut Tauhu Lembut


Donut Tofu Lembut
Sumber resepi: http://www.jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Cupcakes untuk adik Iswanti..


Hantaran Bertunang Hakim & Sha...


Lalaa.. Lalaaaa.. Lalaaaaaa!!

   Yesterday, mama, hubby dan saya sekali lagi pi ronda-ronda kat Kuala Kubang Rotan sebab nak membeli ikan fresh kat sana. Masa kami sampai waktu lebih kurang jam 9.30 pagi. So, orang tak berapa ramai sangat sebab katanya masih banyak bot nelayan yang belum balik. Kat tempat jualan ikan pulak, banyak kelihatan ikan-ikan besar seperti ikan merah, ikan pari, ikan siakap, ikan tenggiri, ikan pelotan dan ikan yu. Ada jugak la gerai yang jual udang pelbagai saiz, udang lipan, sotong dan juga lala.. 
   Hubby dan saya sangat suka lala berbanding kerang atau retak seribu. So, kemarin kami tak lepaskan peluang untuk beli 1kg lala dengan harga RM3.00 sahaja. Hubby dok bisik dah kata dia nak masak lala tumis dengan serai dan cabai melaka. Tak sabaqnya nak balik rumah and makan lala yang hubby nak masak.
   Kalau korang nak tau, ikan kat sini memang fresh dan walaupun harganya kadang-kadang tue mahal seringgit dua dari pasar atau tempat lain, rasanya tak dak masalah and orang tetap nak beli jugak sebab kualiti memang baik punya. So, kalau ada kesempatan mai negeri kedah, jemput la pi ronda kat Kubang Rotan tue noo... Bawak siap-siap kotak polisterine untuk simpan ikan yang anda beli :)


Quinche Ayam + Udang + Cheese

Ini pula our dinner last week. Petang tue i dok belek and menelaah buku pastry. Then budak kecik tue suddenly rikues nak makan quinche masa dia tengok page resipi quinche tu. Hmm.. i pun try explore peti ais and alhamdulillah semua bahan cukup. So, ini lah hasilnya... Simple tapi sangat mengenyangkan. Enjoyyy :)


Menu Lunch lagi....

Assalammualaikum....

   Ekceli ini menu lunch kami pada hari jumaat yang lepas... Masa tue budak kecik Haris pun ada lagi kat sini. Now dia dah balik ke BM, ikut his parents balik dah. So, sunyi rasanya... Btw, enjoy the pictures. Resipi later-later i letak ya..

 sayur kangkung hubby's style

ayam bakar campak-campak versi baru