Pages

Tuesday 31 May 2011

Meatballs in Tomato sauce

Dinner kami malam nie sangat mudah and simple. Saya ambil resipi nie dari dapur Teratak Impian. So sesiapa yang berminat boleh la mencuba sebab memang sedap...

Sumber : Teratak Impian






Meatballs in Tomato Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program
  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – saya guna daging cincang RAMLY
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs - saya guna oats
  • 1 telur
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper

  • Untuk tomato sos
  • 3 biji tomato - dikisar
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Sedikit gula - akak tmbh

  • Untuk dibakar
  • 8 keping cheddar cheese
Cara-cara:
  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola ping pong sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato kisar, tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. (saya hanya guna microwave untuk cairkan cheese sebab malas. kikiki). Siap
 Muka budak kecik yang kekenyangan!! Hahahahah

Our breakfast..

Assalammualaikum.....
   Arinie si budak kecik tue nak makan mi goreng and paksu ikot aja. Jadi mudah sangat ler kerjaku pagi nie. Pagi ni pulak plan nak pi sekolah sebab nak sambung marking exam papers students yang masih berbaki. So, meh tengok mi goreng kami naaa...

Mee Goreng campak-campak

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
4 ketul fish cake
1 bungkus kecil fish ball - dibelah 2

Kobis
2 pokok daun bawang
3 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 biji tomato - dipotong 8
2 sudu sos tiram
3 sudu cili kisar

1 sudu teh kicap pekat
2 keping tauhu goreng - dihiris untuk hiasan



Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Biarkan hingga wangi dan sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap pekat. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan fish cake dan fish ball. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
4. Masukkan pula hirisan dau bawang dan kobis. Kacau rata..
5. Akhir sekali masukkan mee kuning. Kacau hingga sebati..
6. Apabila sudah masak, bolehlah ditutup api dan dihidangkan panas-panas.

Monday 30 May 2011

Menu Lunch Hari ini...

Ini pula menu kami bertiga untuk lunch hari ini. Masak yang simple dan we had it about 3pm sebab the boys kat rumah nie dah kenyang makan kuey teow pagi tadi...

1. Gulai ikan bawal tanpa santan
2. Sayur campur
3. Ikan goreng
4. Sambal belacan & ulam-ulaman

Breakfast Bertiga....

   Hmmm selalunya everyday hanya kami berdua jer kat rumah. Makan kehang-out, minum ke, berpoya-poya ke, tengok movie ke.. sentiasa berdua. Tapi dah a few days kami buat semua aktiviti tue berTIGA! Mana datang lagi sorang ahli keluarga???? Well, last Friday hubby and I ke rumah abang I yang 1st kat Bukit Mertajam. So, hubby saja ler tanya one of my nephews kot-kot dia nak ikut kitaorang balik rumah sebab cuti sekolah. Dengan pantasnya dia jawab NAK IKOT! Kui kui kui... So, hubby suka ler sebab dia ada geng untuk hangout... So, bila ada Haris kat rumah, memang riuh rendah sikit ler rumah nie. By the way, he's 9 years old. Mama dia siap bekalkan kerja rumah untuk disiapkan dan satu pun x jalan lagi.. Hahahahah... Tengok ler, kalau rajin esok i'll bring him to school and lepak kat office dan siapkan kerja rumah dia...
   Oklah, now meh tengok menu kami bertiga masa sarapan pagi tadi... Enjoy!!

Kuey Teow Goreng
Bahan-bahan
1 bungkus kuey teow
Sawi
Daun bawang
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
2 ketul "fish cake" - dipotong
10 ketul "fish ball" - dipotong
Sedikit isi ayam - jika mahu

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap pekat. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, fish cake dan fish ball. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan batang sawi dan kuey teow. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan daun sawi dan daun bawang yang telah dipotong.
6. Apabila sudah masak, boleh diangkat dan dihidang panas-panas..

Selamat mencubaaaa!!!

Sunday 29 May 2011

Gulai Ikan Tanpa Santan

   Hari Isnin yang lepas saya dan hubby plan untuk ke Kubang Rotan sebab nak beli ikan fresh kat sana. So, setelah menyelesaikan beberapa urusan di bandar Alor Setar, kami sampai di Kubang Rotan dalam jam 6.15 petang. Mula-mula ingat dah tak ramai peniaga tapi rupanya waktu petang macam nie, masih ada peniaga dan ikan-ikan yang fresh di sana. 
   Alhamdulillah, petang tueharga ikan temenung/ikan kembung hanya RM3.00 sekilo. Untuk orang yang sangat "gila" makan ikan temenung macam saya, pasti tidak akan melepaskan peluang yang baik macam nie. So, saya decide membeli 2 kilo ikan sebab kat rumah hanya saya dan hubby aja. Cukuplah dengan 2 kilo aja. So, sekiranya ada tetamu blog nie yang ingin membeli ikan fresh saya cadangkan anda ke Kubang Rotan. Kata seorang peniaga, gerai-gerai disana dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Anda pasti berpuas hati..
    Meh saya share resipi gulai ikan tanpa santan yang saya buat lepas sampai ke rumah malam tue. Selamat mencuba yaa!!

Gulai Ikan Tanpa Santan
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung/ikan temenung
3 sudu besar serbuk kari ikan - dicampur dengan sedikit air
2 labu bawang besar- dikisar

2 biji tomato - dikisar

1/2 cawan air asam jawa
Daun kari
Garam dan gula

Cara-cara
1. Bersihkan ikan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan tomato yang telah dikisar serta daun kari.
3. Apabila agak garing, masukkan bancuhan serbuk kari dan masak hingga pecah minyak.
4. Setelah semuanya garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukkan  ikan. tambah air jika perlu.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Apabila mendidih, bolehlah di tutup api dan dihidangkan dengan nasi putih.

Ikan Masak Tauchu

Kali nie nak updet menu ikan pulak. Hubby saya berasal dari perak, so dia tersangat ler suka menu ikan masak tauchu. Oleh sebab dah lama tak buat, so ari nie saya masakkan menu kegemaran incik hubby. Simple tapi sangat sedap :) Selamat mencuba...!!

Bahan-bahan
6 ekor ikan kembung/ikan temenung
2 inci halia muda
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar tauchu
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
4-5 biji cili padi/cabai melaka
garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Basuh ikan dan gaulkan dengan garam kunyit. Kemudian ikan di goreng dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan juga halia hingga naik bau dan agak garing. Kemudian masukkan tauchu dan biarkan hingga agak kering.
3. Masukkan air asam jawa dan tambah air lagi jika perlu. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan cili padi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih...

Mi Kari lagi...

A few days ago, hubby rikues untuk saya masakkan mi kari lagi.. So, ini ler hasilnya. untuk sesiapa yg nak resipinya, sila tengok kat entry sebelum ini okies.

Marble Cheese Brownies

Assalammualaikum

   Wahhhh.. Dah lama sangat tak mengupdet blog nie. Bukannya tak ada aktiviti memasak or baking, tapi x sempat nak updet. Bila dekat ngan cuti sekolah dan juga minggu exam, memang "gelut" and "kalut" sikit. Hihihihihi... 
   Arinie dah hari Ahad, minggu pertama cuti pertengahan tahun. Nama ja cuti, tapi kerja berlambak yg perlu diselesaikan. Kertas exam jangan cerita la, ada 2 kelas form 4.. Bercinta jugak nak abis menanda paper 1 tue.. 
   Tapi, dalam kebizian tue, ari nie sempat jugak buat brownies. Lama dah dok teringin nak buat and makan brownies nie. Alhamdulillah ari nie berkesempatan buat. So, meh layan gambaq and resipinya okies.... Resipi nie bukan resipi original dari saya. Saya ambil dari teratak impian...



Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair - saya guna fresh milk
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla - saya guna vanilla powder

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Wednesday 18 May 2011

Menu hari ini...

Assalammualaikum...
Hari nie upacara clearkan bahan mentah dalam peti ais. Bila "rosek" ja, jumpa la bahan-bahan yang best untuk dimasak utk dinner malam nie. Ada bunga kantan, tomato, halia muda, leek, capsicum... So, dapat ler idea untuk masak dengan ayam yang dibeli last week.. So, let's check it out people!


Ayam Masak Pedas Bunga Kantan (resipi dari my dear mama)

Bahan-bahan
4-5 ketul ayam (dipotong kecil-kecil)
2 kuntum bunga kantan
2 labu bawang besar
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
3-4 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar air asam jawa

Cara-cara
1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.
2. Kisarkan tomato, bawang besar, bawang putih.
3. Hiris halus bunga kantan ( boleh juga jika 1 kuntum dihiris dan 1 lagi dikisar bersama bahan (2).
4. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis hirisan bunga kantan hingga naik bau. 
5. Masukkan pula bahan kisar bersama cili kisar dan masak hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Boleh ditambah air jika mahu.
7. Masukkan ayam dan masak hingga kuahnya sedikit kering (ikut selera masing-masing).
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencubaaa!!!


Ayam Masak Halia Campak Style

Bahan-bahan:
1ekor ayam di potong ( I guna 4 ketul aja)
Halia muda 
2 sudu besar sos tiram
2 labu bawang holland
1 biji capsicum
1 batang leek

Cara-cara
1. Perapkan ayam dengan sos tiram selama 30 minit.
2. Potong halia, bawang Holland, leek dan capsicum.
3. Tumis halia hingga sedikit garing. Kemudian masukkan bawang Holland. Biarkan hingga bawang layu.
4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Renehkan dengan api yang sederhana hingga kuahnya sedikit kering.
5. Kemudian masukkan capsicum dan leek yang telah dipotong.
6. Masak hingga leek dan capsicum layu sedikit. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Selamat Mencuba!!!!

Happy Birthday Angah....

Cake and cuppies untuk Angah, anak Yoni, my ex-classmate masa kat MPSAH dulu.. She's my 1st and regular kastemer. Thanks my dear Yoni!!

1.5 kg chocolate moist cake + cuppies
Buttercream topping + edible image

Tempahan dari Nurul Aina untuk para guru SMKN

Tempahan nie dari anak Kak Kalsom, rakan sekerja I kat sekolah. Adik Nurul nak bagi untuk semua guru yang mengajar kelas 3G.. Thanks dear!

20 cuppies in single dome
Buttercream topping

Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru to me and all the teachers out there....

Sunday 15 May 2011

Order dari Kak Noraniza, SMK Naka

Kali nie tempahan dari Kak Niza, member yang ngajaq kat sekolah nie. She wants these cuppies untuk sambutan hari guru.. Tq kak Niza!

Order dari Kak Azizah, SMK Kuboq Panjang

Tempahan dari Kak Azizah untuk token hari guru anak-anak dia... tq kak!


"Hari Guru SMK Changlun"

Assalammualaikum...
Hujung minggu nie adaah hujung minggu yang sangattttttttttttttttttttt panjang dan bizi. Sepanjang 2 hari bercuti aktiviti penuh dengan acara membaking dan mendeco cuppies yang comei-comei tue. I dapat repeat order dari Kak Ida from SMK Changlun untuk majlis Hari Guru - 16 Mei 2011... Enjoy! Thankk Kak Ida, nanti order lagi ya :)











Happy Anniversary Fauzani & Hubby

Salam.. Cuppies ini tempahan dari kawan sekerja untuk anniversary dia... Happy Anniversary dear!

Wednesday 11 May 2011

Menu hari ini

Assalammualaikum...
Pe khabar arinie? I sihat alhamdulillah cuma rasa letih sebab cuaca yang sangat panas.. Jaga exam tadi siang pun ngantuk yang teramat. Hihihihi.. Well, korang mkn apa arini? For me and incik hubby, menu utk dinner arinie sangat la simple. Actually, the only meal that we have together is dinner. Sebab dedua kerja and berjumpa waktu petang jer. Oklah tue kan.. janji jumpa. Ok, meh usha apa resipi arini.. Enjoyyy!!


 Ayam Bakar Campak-campak Style

Bahan-bahan
1 ekor ayam - dibelah 4 (i buat 2 / 4 jer)
1 sudu garam - ikut selera masing-masing
1 sudu besar madu
8-9 ulas bawang putih - lagi banyak lagi sedap...
rosemary
1 sudu besar lada hitam
3 sudu besar yougart
2 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara
1. Basuh ayam dan toskan. Ayam dikelar-kelar.
2. Tumbuk bawang putih, rosemary, lada hitam, garam hingga lumat. Kemudian masukkan madu dan minyak zaitun. Kacau semua bahan hingga sebati.
3. masukkan ayam dan semua bahan tumbuk ke dalam bekas. Masukkan yougart dan gaul rata.
4. Perap ayam 1-2 jam. Lebih lama lebih sedap. Kemudian bakar hingga masak.



 

 Roti bakar yang di sapu dengan bawang putih, 
 sup cendawan dan kacang panggang.

Tuesday 10 May 2011

RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT


Assalammualaikum semua... 
Apa khabar? So far i sehat jer. Cuma sangat busy sebab peperiksaan pertengahan tahun dah bermula.. Today nak share resipi yang sangat sempoi dan mudah. sekejap jer dah siap dan bahan-bahannya pun sangat simple. I buat malam nie sebab esok boleh bawa bekal ke sekolah. So, enjoy people!
source : www.hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat (i tak guna)
  • 1/2 cawan krim - (i tambah sendiri)
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula -
  • 2 sudu besar butter@marjerin - cairkan (i lupa nak masukkan kikikiki)
  • 31/2 cawan air
  • 1 sudu teh pes kopi
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,krim, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
Selamat mencubaaaaaaaaaaa!!!

Monday 9 May 2011

Menu hari ini...

Assalammualaikum...
Hai people! How are you? Harap semua sihat ya. Hari nie i sangat fenat sebab kelas pack. Tapi balik ja rumah sempat masak untuk incik hubby. 2 days ago, my kazen ada bagi rebung. So, mai tengok apa yang i buat dengan rebung tue ya.. Enjoy!

Rebung Masak Lemak

Bahan-bahan
300g rebung - incik hubby rendam dengan garam for a few days
1/2kg daging - di rebus dahulu
2 batang serai - diketuk
10 ulas bawang merah - i guna 2 labu bawang besar*
10 biji cili padi *
2 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup *
1 sudu teh ketumbar*
1 cawan santan + 1 cawan air
2 keping asam gelugor
garam + gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar halus semua bahan (*).
2. Masukkan semua bahan kisar, serai, asam keping, daging dan santan ke dalam periuk. Masak dengan api yang perlahan hingga mendidih.
3. Masukkan rabung dan biar hingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa.
4. Apabila sudah emouk dagingnya, bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba!

Sunday 8 May 2011

Pertunangan Hani & Hafiz

Assalammualaikum semua..
   First of all, i would like to wish all mothers around the world, "Happy Mother's Day!!!!!" Moga kalian terus menjadi supermom yang terbaik untuk keluarga masing-masing.
   Well, yesterday was a very busy day for my family. Me and incik hubby + my parents went to Kulim sebab sepupu i bertunang kat rumah her sister. They requested me untuk buatkan cupcakes and tar untuk makan-makan kat majlis tue. Enjoy!





Friday 6 May 2011

Pulut Kuning & Rendang Pedas Perak Style...

Assalammualaikum....

Selamat hari Jumaat... Oleh sebab arinie cuti ujung minggu kat sini, incik hubby pun rikues untuk makan pulut kuning with rendang. Aduhaiii... masalahnya selama nie i makan pulut yang orang lain masakkan. Tak pernah masak sendiri. Berdebar juga nak buat nie. Tapi setelah buat rujukan kat buku dan blog sifu-sifu, akhirnya baru ler dapat idea macam mana nak buat/masak pulut kuning nie. SENANG saja rupanya...!!! Kikikiki.. Meh lihat hasil dan resipinya okies.. Enjoy people!

Pulut Kuning
Sumber : http://yatiememories.blogspot.com

Bahan-Bahan
4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup/2 sb serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul
Cara-Cara
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 6-7 jam.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ataupun kari.


Rendang Pedas Perak Style


Bahan-Bahan
1 ekor ayam
3 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
3 sudu besar cili kisar - ikut selera masing-masing
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit - dihiris halus
2 helai daun limau purut

2-3 keping asam
2 cawan santan pekat + 1 cawan air
garam & gula secukup rasa
 
Cara-Cara
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*).
  2. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit dan daun limau purut di atas di dalam kuali/periuk. Masak semua hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, bolehlah di tutup api.
  5. Hidangkan bersama pulut kuning... 
Sangat mudah kan??? So, selamat mencuba!!!!

Tuesday 3 May 2011

Kenduri Kat Sekolah...

Assalammualaikum semua....

Today, kat sekolah i ada kenduri makan besaq. Kenduri nie dikelola oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sempena persaraan tuan pengetua esok hari. Hari nie agendanya adalah masak and makan beramai-ramai, guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar. Hmmm.. apa menunya? Menu ari nie adalah menu kegemaran tuan pengetua. So, kami guru-guru hanya tolong menghidangkan untuk semua tetamu manakala aktiviti memasak dilakukan sepenuhnya oleh ibu bapa. Memang rasa macam kenduri kawen ja... So, mai pakat layan gambaq sepanjang aktiviti ari nie ya... Enjoy!