Pages

Wednesday 18 May 2011

Menu hari ini...

Assalammualaikum...
Hari nie upacara clearkan bahan mentah dalam peti ais. Bila "rosek" ja, jumpa la bahan-bahan yang best untuk dimasak utk dinner malam nie. Ada bunga kantan, tomato, halia muda, leek, capsicum... So, dapat ler idea untuk masak dengan ayam yang dibeli last week.. So, let's check it out people!


Ayam Masak Pedas Bunga Kantan (resipi dari my dear mama)

Bahan-bahan
4-5 ketul ayam (dipotong kecil-kecil)
2 kuntum bunga kantan
2 labu bawang besar
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
3-4 sudu besar cili kisar
2-3 sudu besar air asam jawa

Cara-cara
1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.
2. Kisarkan tomato, bawang besar, bawang putih.
3. Hiris halus bunga kantan ( boleh juga jika 1 kuntum dihiris dan 1 lagi dikisar bersama bahan (2).
4. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis hirisan bunga kantan hingga naik bau. 
5. Masukkan pula bahan kisar bersama cili kisar dan masak hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Boleh ditambah air jika mahu.
7. Masukkan ayam dan masak hingga kuahnya sedikit kering (ikut selera masing-masing).
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencubaaa!!!


Ayam Masak Halia Campak Style

Bahan-bahan:
1ekor ayam di potong ( I guna 4 ketul aja)
Halia muda 
2 sudu besar sos tiram
2 labu bawang holland
1 biji capsicum
1 batang leek

Cara-cara
1. Perapkan ayam dengan sos tiram selama 30 minit.
2. Potong halia, bawang Holland, leek dan capsicum.
3. Tumis halia hingga sedikit garing. Kemudian masukkan bawang Holland. Biarkan hingga bawang layu.
4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Renehkan dengan api yang sederhana hingga kuahnya sedikit kering.
5. Kemudian masukkan capsicum dan leek yang telah dipotong.
6. Masak hingga leek dan capsicum layu sedikit. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Selamat Mencuba!!!!

1 comments:

Cikgu Yus said...

shud try it one day.. da top recipe..looks yummyyy...nyum3

Post a Comment