Hari Isnin yang lepas saya dan hubby plan untuk ke Kubang Rotan sebab nak beli ikan fresh kat sana. So, setelah menyelesaikan beberapa urusan di bandar Alor Setar, kami sampai di Kubang Rotan dalam jam 6.15 petang. Mula-mula ingat dah tak ramai peniaga tapi rupanya waktu petang macam nie, masih ada peniaga dan ikan-ikan yang fresh di sana.
Alhamdulillah, petang tueharga ikan temenung/ikan kembung hanya RM3.00 sekilo. Untuk orang yang sangat "gila" makan ikan temenung macam saya, pasti tidak akan melepaskan peluang yang baik macam nie. So, saya decide membeli 2 kilo ikan sebab kat rumah hanya saya dan hubby aja. Cukuplah dengan 2 kilo aja. So, sekiranya ada tetamu blog nie yang ingin membeli ikan fresh saya cadangkan anda ke Kubang Rotan. Kata seorang peniaga, gerai-gerai disana dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Anda pasti berpuas hati..
Meh saya share resipi gulai ikan tanpa santan yang saya buat lepas sampai ke rumah malam tue. Selamat mencuba yaa!!
Gulai Ikan Tanpa Santan
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung/ikan temenung
3 sudu besar serbuk kari ikan - dicampur dengan sedikit air
2 labu bawang besar- dikisar
2 biji tomato - dikisar
1/2 cawan air asam jawa
Daun kari
Garam dan gula
Cara-cara
1. Bersihkan ikan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan tomato yang telah dikisar serta daun kari.
3. Apabila agak garing, masukkan bancuhan serbuk kari dan masak hingga pecah minyak.
4. Setelah semuanya garing dan pecah minyak, masukkan pula air asam jawa. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukkan ikan. tambah air jika perlu.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Apabila mendidih, bolehlah di tutup api dan dihidangkan dengan nasi putih.

0 comments:
Post a Comment