Pages

Monday 30 May 2011

Breakfast Bertiga....

   Hmmm selalunya everyday hanya kami berdua jer kat rumah. Makan kehang-out, minum ke, berpoya-poya ke, tengok movie ke.. sentiasa berdua. Tapi dah a few days kami buat semua aktiviti tue berTIGA! Mana datang lagi sorang ahli keluarga???? Well, last Friday hubby and I ke rumah abang I yang 1st kat Bukit Mertajam. So, hubby saja ler tanya one of my nephews kot-kot dia nak ikut kitaorang balik rumah sebab cuti sekolah. Dengan pantasnya dia jawab NAK IKOT! Kui kui kui... So, hubby suka ler sebab dia ada geng untuk hangout... So, bila ada Haris kat rumah, memang riuh rendah sikit ler rumah nie. By the way, he's 9 years old. Mama dia siap bekalkan kerja rumah untuk disiapkan dan satu pun x jalan lagi.. Hahahahah... Tengok ler, kalau rajin esok i'll bring him to school and lepak kat office dan siapkan kerja rumah dia...
   Oklah, now meh tengok menu kami bertiga masa sarapan pagi tadi... Enjoy!!

Kuey Teow Goreng
Bahan-bahan
1 bungkus kuey teow
Sawi
Daun bawang
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
2 ketul "fish cake" - dipotong
10 ketul "fish ball" - dipotong
Sedikit isi ayam - jika mahu

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar, sos tiram dan kicap pekat. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, fish cake dan fish ball. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan batang sawi dan kuey teow. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan daun sawi dan daun bawang yang telah dipotong.
6. Apabila sudah masak, boleh diangkat dan dihidang panas-panas..

Selamat mencubaaaa!!!

0 comments:

Post a Comment