I guna laksa bihun. Laksa ini lebih halus dan cepat lembut berbanding laksa biasa.
Ulam-ulaman & telur
Laksa Lemak - Resipi dari Tok
Bahan-bahan:1/2 kg ikan selayang/ikan kembong - direbus dan di ambil isinya.
1 peket serbuk kari ikan*
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus*
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus*
300ml santan
Sedikit daun kesum
4 keping asam keping
3-4 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1-2 cawan air
Garam & gula
===> campurkan semua bahan yang bertanda (*) dengan sedikit santan.
Cara penyediannya:
1. Ikan direbus dengan asam keping dan garam. Kemudian diambil isinya. Tulang ikan dikisar halus dan diambil airnya.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dihiris hingga sedikit garing dan wangi.
3. Kemudian masukkan campuran bawang dan serbuk kari. Kacau hingga serbuk kari masak tetapi JANGAN SAMPAI PECAH MINYAK.
4. Setelah serbuk kari masak dan berbau wangi, masukkan isi ikan yang telah dicarik-carik. Masukkan sedikit air tulang ikan. Masukkan juga asam keping dan daun kesum.
5. Masukkan santan dan baki air tulang ikan dan biarkan seketika. Sekiranya terlalu pekat, boleh ditambah air.
6. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
7. Setelah mendidih, bolehlah ditutup apinya. Hidangkan dengan laksa dan ulam-ulamannya..
SELAMAT MENCUBA!
0 comments:
Post a Comment