Pages

Friday, 30 September 2011

Mee Goreng Basah incik hubby's style

   Alhamdulillah, thanks to incik hubby sebab tolong buatkan breakfast pagi nie. I dok bizi siapkan tempahan Kak Umi, so dia tolong masakkan mee goreng basah. I dah siapkan semua bahan-bahan yang diperlukan dan taraaaaaaaa.... 30 minit selepas itu, inilah hasilnya. Enjoy people!




Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
2 ketul ayam - dipotong kecil
8-10 ekor udang - saiz sederhana
100g taugeh
100g kucai
1 tangkai cili merah - dihiris halus
3 ulas bawang merah
2 biji tomato - dihiris 
2-3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
--------------------------
*1 sudu besar kicap pekat
*1 sudu besar sos tiram
*1/2 sudu teh jus limau
*secubit garam dan gula - secukup rasa
- semua bahan (*) dicampur
---------------------------------------------
cara-caranya:
- tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau wangi.
- masukkan daging ayam dan masak dalam 5-7 minit.
- masukkan cili kisar dan masak sampai cili kisar pecah minyak.
- masukkan udang yang telah dibersihkan. Gaul rata.
- masukkan semua bahan (*) dan biarkan hingga masak sedikit.
- masukkan 1 cawan air. kemudian masukkan mee kuning.
- jika suka mee berkuah sedikit, boleh ditambah air lagi.
- masukkan taugeh, kucai dan tomato. gaul rata.
- apabila masak, tutup api dan di hidangkan.

0 comments:

Post a Comment