Pages

Wednesday, 7 March 2012

Sarapan Pagi a.k.a. bekal hari ini...

wordless wednesday.... + the recipe

Bingka Labu
sumber : my resipi

Bahan-bahan

  • 5 biji telur Gred A
  • 200 ml air
  • 300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
  • 200 g tepung gandum
  • 180 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus 
 

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. 
3. Gaul hingga rata.Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Thursday, 23 February 2012

Kuew Teow Daging Halia

Salam & Morning semua...

     Dah sarapan ke semua? Well, hari ini I sangat ler bersemangat untuk mencuba resipi yang baru untuk sarapan dan dijadikan bekalan ke tempat kerja. Actually, azam tahun baru 2012 adalah untuk membawa bekal ke sekolah pada setiap hari. Alhamdulillah, sampai ke hari ini, saya berjaya! Hihihihi...
     So, resipi untuk pagi ini ialah Kuew Teow Daging Halia. Yesterday, incik hubby ke pasar malam and dia belikan sebungkus kuew teow. So, saya mula ler study buku resipi 365 resipi oleh Kak Hanieliza dan resipi ini menjadi pilihan hati... Jadi, mai check it out nooo ^_^

Kuew Teow Daging Halia


1 bungkus kuew teow
200g - 300g daging - saya rebus hingga empuk
2 pokok sawi
4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 - 2 inci halia - ditumbuk
sedikit lada hitam - ditumbuk (jika suka)
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
1-2 sudu madu
garam dan gula secukup rasa

cara:
1. Perapkan daging, bahan yang telah ditumbuk, sos tiram, kicap pekat dan madu sekurang-kurangnya 1 jam.
2. Panaskan minyak dan tumis sedikit bawang putih. Masukkan kuew teow dan goreng seketika. Angkat kuew teow.
3. Panaskan minyak. Tumiskan daging yang diperap. Masukkan sedikit air atau air rebusan daging. Biarkan mendidih.
4. Tambahkan garam dan gula secukupnya. Masukkan sayur sawi dan biarkan mendidih dan tutup api.
5. Kemudian tuangkan ke atas kuew teow yang telah digoreng.

Wednesday, 22 February 2012

nasi karot & ayam goreng berempah

Salam semua...
Yesterday, I masakkan nasi karot & ayam goreng rempah untuk lunch/dinner kami. Actually setiap hari kami x lunch sama so I x masak lunch. Tapi balik kerja dalam jam 4pm cam tue baru masak untuk our early dinner. so meh la tengok and cuba okies. enjoy people!





Resepi Nasi Karot Sempoi 

2 cawan beras bathmati/beras biasa….basuh dan toskan
2 cawan carrot  – saya parut kasar-kasar.
1/2 cawan susu cair
3 cawan air
 setengah cawan kismis
1 kiub ayam knorr
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis
2 sudu besar rempah kurma – saya tak letak..huhu
4 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
2 cm halia -mayang
2 sudu besar mentega/marjerin
kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
3biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
daun pandan……..simpulkan


Cara
1. Masukkan beras, susu cair, air, kiub ayam, karot yang diparut dan kismis di dalam periuk "rice cooker" dan tekan "on".
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk yang lain dan masukkan semua bahan tumis dan daun pandan.
2. Bila dah wangi tuangkan semua bahan yang ditumis ke dalam periuk "rice cooker".
3. Biarkan sehingga nasi masak. Kacau sekali sekala untuk meratakan semua bahan.

Ayam Goreng Berempah
10 ketul ayam - dipotong sederhana
3 batang serai - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
2-3 sudu biji ketumbar - digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 sudu jintan putih - digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 sudu jintan manis - digoreng tanpa minyak dan dikisar
1-2 sudu madu
garam secukupnya

Cara:
1. Basuh dan toskan ayam.
2. Satukan semua bahan kisar dan ayam di dalam bekas.
3. Perasakan ayam dengan madu dan garam secukupnya.
4. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digoreng.

Friday, 10 February 2012

my cooking for today....

spinach quiche.. fresh from the oven!

Sunday, 1 January 2012

A Brand New Year!!

Happy new year semuaaaa! Cam mana dengan your holiday? For me, incik hubby ajak mengemas rumah today. So, dari satu bilik ke satu bilik kami kemas sampai la ke ruang tamu. Tapi mengemas untuk buang semua segala kertas yang tidak berguna. Esok incik hubby nak jual kat tempat recycle. Dah syok mengemas kat rumah, I ajak dia ke office I kat sekolah. Habis semua kertas yang dah tak nak digunakan untuk tahun depan disusun dan diikat kemas untuk dijual esok. Boleh tahan jugak ler banyaknya...

Well, dah lama sangat I tak mengupdate kat blog nie. Memang dah tradisi I, waktu hujung tahun tersangat la sibuknya. Kengkawan cikgu-cikgi yang lain seronok berpoya-poya dan bergumbira, I terikat dengan 2 beban tugas yang sangat berat dan memerlukan tumpuan untuk menyelesaikannya. Tapi, alhamdulillah, kedua-dua tugas tersebut telah siap dan selesai pada 27 Disember yang lalu. So, ada la beberapa hari nie untuk keluar berpoya-poya dengan incik hubby sambil membeli keperluan untuk sesi persekolahan 2012 yang bakal tiba.

Selain dari itu, 2 hari lepas kami sekeluarga ( my parents + both of us) ke rumah Mak Su di Jitra and spent 2 days there sebab relatives dari Pathalung, Thailand datang to pay us a visit. Sangat la meriah bila semua berkumpul. Tapi sayang sekali sebab masalah bahasa. Kikikiki... Nasib baik ada beberapa orang yang boleh berbahasa Thai dan Bahasa Melayu. So, legaaaaaa :)

Hmmm sepanjang 2 bulan I was away.. Banyak juga perkara yang berlaku. Slowly I'll post some pictures ya. 
So, take care people and HAPPY NEW YEAR!