Pages

Sunday, 1 January 2012

A Brand New Year!!

Happy new year semuaaaa! Cam mana dengan your holiday? For me, incik hubby ajak mengemas rumah today. So, dari satu bilik ke satu bilik kami kemas sampai la ke ruang tamu. Tapi mengemas untuk buang semua segala kertas yang tidak berguna. Esok incik hubby nak jual kat tempat recycle. Dah syok mengemas kat rumah, I ajak dia ke office I kat sekolah. Habis semua kertas yang dah tak nak digunakan untuk tahun depan disusun dan diikat kemas untuk dijual esok. Boleh tahan jugak ler banyaknya...

Well, dah lama sangat I tak mengupdate kat blog nie. Memang dah tradisi I, waktu hujung tahun tersangat la sibuknya. Kengkawan cikgu-cikgi yang lain seronok berpoya-poya dan bergumbira, I terikat dengan 2 beban tugas yang sangat berat dan memerlukan tumpuan untuk menyelesaikannya. Tapi, alhamdulillah, kedua-dua tugas tersebut telah siap dan selesai pada 27 Disember yang lalu. So, ada la beberapa hari nie untuk keluar berpoya-poya dengan incik hubby sambil membeli keperluan untuk sesi persekolahan 2012 yang bakal tiba.

Selain dari itu, 2 hari lepas kami sekeluarga ( my parents + both of us) ke rumah Mak Su di Jitra and spent 2 days there sebab relatives dari Pathalung, Thailand datang to pay us a visit. Sangat la meriah bila semua berkumpul. Tapi sayang sekali sebab masalah bahasa. Kikikiki... Nasib baik ada beberapa orang yang boleh berbahasa Thai dan Bahasa Melayu. So, legaaaaaa :)

Hmmm sepanjang 2 bulan I was away.. Banyak juga perkara yang berlaku. Slowly I'll post some pictures ya. 
So, take care people and HAPPY NEW YEAR!

0 comments:

Post a Comment