Pages

Sunday, 5 June 2011

Lalaa.. Lalaaaa.. Lalaaaaaa!!

   Yesterday, mama, hubby dan saya sekali lagi pi ronda-ronda kat Kuala Kubang Rotan sebab nak membeli ikan fresh kat sana. Masa kami sampai waktu lebih kurang jam 9.30 pagi. So, orang tak berapa ramai sangat sebab katanya masih banyak bot nelayan yang belum balik. Kat tempat jualan ikan pulak, banyak kelihatan ikan-ikan besar seperti ikan merah, ikan pari, ikan siakap, ikan tenggiri, ikan pelotan dan ikan yu. Ada jugak la gerai yang jual udang pelbagai saiz, udang lipan, sotong dan juga lala.. 
   Hubby dan saya sangat suka lala berbanding kerang atau retak seribu. So, kemarin kami tak lepaskan peluang untuk beli 1kg lala dengan harga RM3.00 sahaja. Hubby dok bisik dah kata dia nak masak lala tumis dengan serai dan cabai melaka. Tak sabaqnya nak balik rumah and makan lala yang hubby nak masak.
   Kalau korang nak tau, ikan kat sini memang fresh dan walaupun harganya kadang-kadang tue mahal seringgit dua dari pasar atau tempat lain, rasanya tak dak masalah and orang tetap nak beli jugak sebab kualiti memang baik punya. So, kalau ada kesempatan mai negeri kedah, jemput la pi ronda kat Kubang Rotan tue noo... Bawak siap-siap kotak polisterine untuk simpan ikan yang anda beli :)


0 comments:

Post a Comment