Pages

Friday 17 June 2011

Kuetiau Kung Fu

Malam nie hubby nak makan something yang simple lagi. Dia kuarkan kuetiau dari peti harta karun. So, bila browse buku 1 Hari 1 Resipi, i berkenan untuk mencuba resipi Kuetiau Kung Fu.. So, jemput layan gambar dan selamat mencuba!


Bahan-bahan
A:
1 bungkus kuetiau
5 biji telur (i guna 2 biji aja)

B:
150 - 200 gram isi ayam
4 ulas bawang putih
Taugeh (saya tak tahu nak sukat cam mana. hihihi)
1/4 bahagian kubis cina
2 sudu sos tiram
2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
Garam secukup rasa
2 sudu minyak zaitun
1 sudu besar tepung jagung (dicampur dengan sedikit air)
11/2 cawan air atau air rebusan ayam
*boleh juga diletakkan pelbagai jenis sayur seperti kubis bulat, lobak merah, sawi, kailan, bunga kubis
*boleh juga diletakkan isi udang, sotong, daging, bebola ayam, bebola ikan

Cara-cara
1. Panaskan minyak kemudian goreng telur dan kuetiau dalam kuantiti yang sedikit sehingga sedikit garing. kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak lagi. Tumiskan bawang putih hingga sedikit garing, kemudian masukkan isi ayam. goreng sehingga ayam sedikit garing.
3. masukkan air atau air rebusan ayam bersama sos tiram dan lada hitam. biarkan mendidih.
4. Masukkan taugeh dan kubis cina. Biarkan hingga sayur masak.
5. Masukkan tepung jagung yang sudah dicampur air dan kacau supaya tepung tidak bergentel.
6. Tutup api dan tuangkan kuah atas kuetiau dan hidangkan.
7. Sangat sedap dimakan ketika masih panas..

Selamat mencubaaaaaaa!!

0 comments:

Post a Comment