Pages

Wednesday, 22 February 2012

nasi karot & ayam goreng berempah

Salam semua...
Yesterday, I masakkan nasi karot & ayam goreng rempah untuk lunch/dinner kami. Actually setiap hari kami x lunch sama so I x masak lunch. Tapi balik kerja dalam jam 4pm cam tue baru masak untuk our early dinner. so meh la tengok and cuba okies. enjoy people!





Resepi Nasi Karot Sempoi 

2 cawan beras bathmati/beras biasa….basuh dan toskan
2 cawan carrot  – saya parut kasar-kasar.
1/2 cawan susu cair
3 cawan air
 setengah cawan kismis
1 kiub ayam knorr
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis
2 sudu besar rempah kurma – saya tak letak..huhu
4 ulas bawang merah – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
2 cm halia -mayang
2 sudu besar mentega/marjerin
kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
3biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
daun pandan……..simpulkan


Cara
1. Masukkan beras, susu cair, air, kiub ayam, karot yang diparut dan kismis di dalam periuk "rice cooker" dan tekan "on".
2. Panaskan minyak sapi dalam periuk yang lain dan masukkan semua bahan tumis dan daun pandan.
2. Bila dah wangi tuangkan semua bahan yang ditumis ke dalam periuk "rice cooker".
3. Biarkan sehingga nasi masak. Kacau sekali sekala untuk meratakan semua bahan.

Ayam Goreng Berempah
10 ketul ayam - dipotong sederhana
3 batang serai - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
2-3 sudu biji ketumbar - digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 sudu jintan putih - digoreng tanpa minyak dan dikisar
2 sudu jintan manis - digoreng tanpa minyak dan dikisar
1-2 sudu madu
garam secukupnya

Cara:
1. Basuh dan toskan ayam.
2. Satukan semua bahan kisar dan ayam di dalam bekas.
3. Perasakan ayam dengan madu dan garam secukupnya.
4. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digoreng.

Friday, 10 February 2012

my cooking for today....

spinach quiche.. fresh from the oven!

Sunday, 1 January 2012

A Brand New Year!!

Happy new year semuaaaa! Cam mana dengan your holiday? For me, incik hubby ajak mengemas rumah today. So, dari satu bilik ke satu bilik kami kemas sampai la ke ruang tamu. Tapi mengemas untuk buang semua segala kertas yang tidak berguna. Esok incik hubby nak jual kat tempat recycle. Dah syok mengemas kat rumah, I ajak dia ke office I kat sekolah. Habis semua kertas yang dah tak nak digunakan untuk tahun depan disusun dan diikat kemas untuk dijual esok. Boleh tahan jugak ler banyaknya...

Well, dah lama sangat I tak mengupdate kat blog nie. Memang dah tradisi I, waktu hujung tahun tersangat la sibuknya. Kengkawan cikgu-cikgi yang lain seronok berpoya-poya dan bergumbira, I terikat dengan 2 beban tugas yang sangat berat dan memerlukan tumpuan untuk menyelesaikannya. Tapi, alhamdulillah, kedua-dua tugas tersebut telah siap dan selesai pada 27 Disember yang lalu. So, ada la beberapa hari nie untuk keluar berpoya-poya dengan incik hubby sambil membeli keperluan untuk sesi persekolahan 2012 yang bakal tiba.

Selain dari itu, 2 hari lepas kami sekeluarga ( my parents + both of us) ke rumah Mak Su di Jitra and spent 2 days there sebab relatives dari Pathalung, Thailand datang to pay us a visit. Sangat la meriah bila semua berkumpul. Tapi sayang sekali sebab masalah bahasa. Kikikiki... Nasib baik ada beberapa orang yang boleh berbahasa Thai dan Bahasa Melayu. So, legaaaaaa :)

Hmmm sepanjang 2 bulan I was away.. Banyak juga perkara yang berlaku. Slowly I'll post some pictures ya. 
So, take care people and HAPPY NEW YEAR!