Pages

Saturday, 23 July 2011

Kek Pisang Emas

Assalammualaikum....
     Hi semua.. Selamat berhujung minggu ya.. Any interesting plan? Untuk i pula, hari ini ada kenduri kat kampung sebelah my father, so 4 of us pergi sekali naik van abah sebab lepas tue abah nak ajak ke dusun.
     Lepas makan kenduri dan kekenyangan, kami balik ke dusun dan kampung abah untuk petik rambutan, rambai, cempedak dan sedikit durian. Sampai jer kat rumah rehat mama and abah kat dusun, tengok-tengok atas meja ada selonggok petai! Wahhh sedap giler! Dalam kepala terus dah plan untuk masak sambal tumis petai ngan udang esok petang. Abah kata petai tue abg Atan tinggal sebab pagi tadi dia datang ke dusun untuk kait petai untuk dijual. Abg Atan nie i panggil spiderman sebab dia sangat cekap dan cepat bila memanjat pokok petai yang sangat tinggi. Next time bila ke dusun i akan snap a few pictures pokok petai yang tinggi tue. Kalau time tue Abg Atan ada, insyaAllah i anak snap juga masa dia memanjat pokok petai ya...
     Lepas ke kebun, kami ke kampung abah pula. Kat kampung nie abah and pan njang share sebidang tanah dusun. Mostly pokok rambutan, cempedak dan dokong ada kat dusun nie. After dah petik semua buah-buah tue, kami terus jer balik ke rumah mama. Then before balik mama ada bagi seplastik pisang emas yang dah masak. Rupanya ada setandan pisang emas kat belakang rumah. Mama kata abah bawak balik last week and dia gantung kat dapur. I tak perasan lak yang pisang tue ada and dah masak. Hmm.. terfikir sekejap nak buat apa ngan pisang emas nie... Suddenly incik hubby kata, why not buat kek pisang.... Menarikkkk!!
     Then sampai jer rumah i nie, i mencari ler resipi kek pisang kat Myresipi. So dapat ler resipi yang sangat la mudah untuk dibuat. Sesiapa jer boleh mencubanya ya. Meh kita layan pictures and resipinya. Enjoy people...!



Sumber : Myresipi

Bahan-bahan

  • 150g pisang emas - dilecek(saya guna 6 biji pisang emas)
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing(saya guna hanya 100gm)
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

0 comments:

Post a Comment