Pages

Monday, 18 April 2011

Mee Kari untuk birthday boy....

Assalammualaikum semua...
It is is hubby's birthday today. So, Happy Birthday B! Moga B dikurniakan kesihatan dan diberkati olehNya selalu... Hihihi sebenarnya i x prepare apa-apa pun untuk dia sebab minggu nie sangat la bizi kat sekolah. Setiap hari hingga jam 5 petang ada latihan 'Choral Speaking' sebab Selasa (19/4) ada pertandingan peringkat daerah. Aduhaiii.... apa yang termampu adalah untuk masakkan makanan kegemarannya aja. Kita celebrate ujung minggu nanti aja la noo :)

Korang nak tahu apa menu masakan untuk siang tadi? Okies, meh tengaok and diharapkan semua orang leh mencubanya sebab resipi nie sedap! Enjoy people...


RESEPI MI KARI
source : Buku 1 Hari 1 Resepi by Chef Hanieliza

Bahan A
1 bungkus mee (dicelur)

Bahan B (dihiris/hiasan)
2 keping tauhu (digoreng)
2 tangkai daun bawang atau daun sup
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi atau limau nipis
1 cawan taugeh
Sedikit bawang goreng

Bahan C (untuk kuah)
1/2 kilo ayam (dipotong kecil)
200g udang
1 peket bebola ayam/ikan
1 peket 'fish cake'
2 sudu makan cili kisar
3 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan air asam jawa)
3 cawan santan
minyak masa untuk menumis
garam/gula secukupnya

Bahan D (dikisar)
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara-caranya:
1. Tumiskan bahan yang telah dikisar hingga wangi dan garing. Kemudian masukkan rempah dan cili kisar. Biarkan hingga semuanya masak.
2. Masukkan air dan semua bahan untuk kuah. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.
3. Hidangkan dengan mee yang sudah dicelur dan bahan hiris sebagai hiasan.

Selamat mencuba!



1 comments:

Cikgu Yus said...

aina, aku pun ter "buat" mee kari sempena mother's day maren...terpengaruh tgk mee kari hang nie laa... tp aku guna resepi lain.. aku buat mee kari udang :)

Post a Comment