Pages

Friday 30 September 2011

Mee Goreng Basah incik hubby's style

   Alhamdulillah, thanks to incik hubby sebab tolong buatkan breakfast pagi nie. I dok bizi siapkan tempahan Kak Umi, so dia tolong masakkan mee goreng basah. I dah siapkan semua bahan-bahan yang diperlukan dan taraaaaaaaa.... 30 minit selepas itu, inilah hasilnya. Enjoy people!




Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
2 ketul ayam - dipotong kecil
8-10 ekor udang - saiz sederhana
100g taugeh
100g kucai
1 tangkai cili merah - dihiris halus
3 ulas bawang merah
2 biji tomato - dihiris 
2-3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
--------------------------
*1 sudu besar kicap pekat
*1 sudu besar sos tiram
*1/2 sudu teh jus limau
*secubit garam dan gula - secukup rasa
- semua bahan (*) dicampur
---------------------------------------------
cara-caranya:
- tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga berbau wangi.
- masukkan daging ayam dan masak dalam 5-7 minit.
- masukkan cili kisar dan masak sampai cili kisar pecah minyak.
- masukkan udang yang telah dibersihkan. Gaul rata.
- masukkan semua bahan (*) dan biarkan hingga masak sedikit.
- masukkan 1 cawan air. kemudian masukkan mee kuning.
- jika suka mee berkuah sedikit, boleh ditambah air lagi.
- masukkan taugeh, kucai dan tomato. gaul rata.
- apabila masak, tutup api dan di hidangkan.

Blueberry Cheese Tart

Assalammualaikum semua....

   Sihat ari nie? Hopefully semua sihat n ceria di hari minggu ini ya. Alhamdulillah arinie I tak ada aktiviti yang padat. Kelas tambahan dengan anak-anak form 5 akan dijalankan pada waktu malam di hari persekolahan sebab I nak bagi diaorang masa untuk berehat di hujung minggu. Aci la kan cam tue. Hihihihi

   Well, yesterday my dear Kak Umi minta tolong I buatkan Blueberry cheese tart untuk jamuan hari raya kat taman perumahannya lepas solat jumaat hari ini. So, pagi tadi I bizi menyiapkan tempahan beliau. So, layan ler gambar yang sekeping nie ya... Entah kenapa terambik sekeping jer gambarnya. *_*

2 dozen Blueberry Cheese Tart

Monday 26 September 2011

Bunga-bunga pilihan mama

Assalammualaikum...
   Selamat pagi semua! Hari ini I nak share some pictures bunga-bunga yang menjadi pilihan my darling mama. Semua bunga-bunga nie, kami tengok dan ambil gambarnya kat pameran yang telah diadakan pada hari Sabtu baru-baru ini. So, meh layan ya...























Sunday 25 September 2011

Masak lemak cili api ayam dan kentang

Assalammualaikum... Morning semua..

     Today my friends and I buat pot luck kat tempat kerja. So, i masak 1 lauk yang sangat simple and cepat untuk disediakan. Yesterday, seharian balik ke rumah my parents. Sampai rumah dalam jam 9.30pm then terus siapkan bahan dan masak. Meh layan gambar dan resipinya ya... Enjoy people :)

Bahan-bahannya:
8-10 ketul ayam
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - diketuk sedikit
2 keping asam gelugor
1/2 tin susu cair
1 cawan air
4 biji ubi kentang - dipotong
1 helai daun kunyit - dicarik-carik
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:
1. Tumbuk @ blend cili padi, kunyit hidup, bawang merah dan sedikit garam.
2. Campurkan bahan tumbuk, air, serai, asam gelugur dan kentang ke dalam periuk dan jerang di atas api sederhana.
3. Apabila mendidih, masukkan ayam dan susu cair. Masak hingga ayam empuk. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan daun kunyit dan tutup api.
5. Hidangkan bersama nasi panas..

Friday 23 September 2011

Apam Mentega

My first attempt untuk buat "Apam Mentega"... Rupa tak ada, rasa memang best!


Gulai itik dengan buah betik

Assalammualaikum...
Hari nie incik hubby minta I untuk masakkan gulai itik dengan buah betik. Ekceli, I tak berapa pandai nak masak itik tapi nasib baik ler incik hubby dah belikan daging itik yang dah siap packing. So, tak ler I pening macam mana nak potong itik. Nak buat gulai nie, I tanya pakcik google and dapat la resipi dari salah satu blog masakan yang menarik. I minta izin untuk letakkan resipinya ya kak. So, meh layan some pictures and resipi nya ya.. Happy cooking!



Bahan-bahannya:
4-5 ketul daging itik (dikelar sedikit)
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - serba satu
2 tangkai daun kari
3 ulas bawang merah - dihiris
2ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - ditumbuk halus
1 labu bawang besar - ditumbuk halus
2 sudu kerisik
2-3 sudu serbuk kari daging (dicampur dengan halia dan bawang besar yg ditumbuk halus)
1/2 tin susu cair (boleh ditambah atau guna santan)
1 gelas air (secukupnya)
2-3 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji betik tua - saiz sederhana
Garam dan gula secekupnya


Cara-caranya:
1. Tumis bwg merah, bwg putih yg dah dihiris, sedikit daun kari, 4 sekawan (kayu manis, pelaga .cengkih n bunga lawang)
2. Tumiskan juga serbuk kari yg dah digaul dgn bwg besar dan halia (yg ditumbuk).
3. Masukkan daging itik. Biar daging itik tu serasi dgn bhn2 tumis.
4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan buah betik yang telah dipotong.
5. Masukakan sedikit kerisik.
6. Tambahkan air bila nampak kurang.
7. Masukkan susu cair.
8. Apabila betik dan daging itik dah empuk, bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

Wednesday 21 September 2011

Jenis-jenis Tepung

 Taken from :after6am
Original by : sofieyya



TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti  self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

TEPUNG HONG KONG

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA

Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL

Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE

Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

TEPUNG NAIK SENDIRI?
Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

TEPUNG ROSE?
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

TEPUNG HONGKONG?
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG GLUTINOUS RICE ?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

TEPUNG KEK ?
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

TEPUNG OPTIMA ?
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.
Tetapi dalam resipi Kek Marble Blackmore ia adalah salah satu bahan yang kita gunakan untuk buat kek tersebut. Berbanding dengan Kek Marble yang hanya menggunakan tepung gandum/ tepung naik sendiri sahaja, kek marble yang menggunakan tepung optima ini lebih gebu dah halus hasilnya.ila kita ke kedai yang menjual bahan-bahan membuat kek seperti Bake with Yen di Malaysia misalnya, ia juga dapat digantikan dengan tepung sponge cake mix yang telah sedia ada. Anda boleh beli ready made sponge cake mix, perasa original dan gantikan dengan tepung optima.

Saturday 17 September 2011

Pokok Buah Markisa a.k.a. Passion Fruit

     As usual, hujung minggu incik hubby and i akan balik ke rumah my parents. Setiap pagi sabtu kami akan explore kebun diaorang. So, untuk minggu nie I nak share some pictures pasal pokok buah markisa @ passion fruit. Actually, pokok nie dihadiahkan oleh sepupu abah yang sama hobi berkebun macam abah. So, abah dah tanam pokok nie kat rumah orkid mama yang dah lama tak ada penghuninya. Alhamdulillah pokok markisa nie naik dengan subur sekali.

     Rupanya ada seorang uncle cina yang duduk kat lorong lain pun tanam jugak pokok nie. Then last 2-3 weeks abah ada melawat pokok markisa uncle tue. Then abah balik cerita yang pokok markisa uncle tue dah berbunga and berbuah. Jadi, abah dok tengok pokok dia and discover la bunga buah markisa tue. Pagi ini, I pi jenguk pokok tue dan inilah hasilnya. Enjoy people!

 









Sambal Ikan Bilis Tempoyak & Petai

Assalammualaikum...

Entry kali ini adalah menu kami semalam. Hari Khamis ada kawan incik hubby bagi petai. Wahhh syok betul tengok biji petai tue. Besar dan bulat betul. Then teringat pula kat resipi special yang kakak ipar I selalu buat tiap kali kami ke rumah dia. So, meh layan and selamat mencuba ya!


Bahan-bahan:
7 papan petai
3-4 labu bawang merah
Ikan bilis (I tak timbang pun, I guna 2 genggam)
10-12 biji cili padi (ikut selera masing-masing)
3-4 sudu besar tempoyak
2-3 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk kunyit @ 1 inci  kunyit hidup
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya:
1. Tumbuk bawang besar, kunyit hidup dan cili padi. Ketepikan dahulu.
2. Rendam ikan bilis dengan air panas hingga lembut. Kemudian tumbuk halus.
3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang, kunyit dan cili padi yang ditumbuk. Masak hingga naik bau.
4. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk. Kacau rata dan berbau wangi.
5. Masukkan tempoyak dan kacau rata hingga sebati.
6. Perasakan dengan garam dan gulu secukupnya.
7. Sekiranya menggunakan tempoyak manis, masukkan beberapa keping asam gelugor. Tapi jika menggunakan tempoyak masam, tak perlu masukkan asam gelugor.

Monday 12 September 2011

Good Luck....

Good Luck untuk semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR esok.... Do your best! To my dearest cousin, Nur Adlina bt. Adnan, do your best okay!





Saturday 10 September 2011

Buku Terbaru...

Assalammualaikum...

Wahhh sudah lama sangat I tak mencatatkan apa-apa kat sini ya. Maklumla, keadaan di hujung puasa, awal raya sangat la sibuk. Masa akhir puasa, I sangat bizi membaking biskut yang ditempah oleh semua pelanggan. Then, seminggu pertama puasa incik hubby and I jugak bizi sebab balik beraya di Perak dan kat sana tak ada kemudahan internet. Jadi dah bersawang la oven comei I nie.. hihihihi

Well, post hari ini I nak tulis pasal a new book a.k.a. novel yang I beli hari ini. Tajuknya "Tuan Rumah Pembantu Rumah". Interesting tak tajuk novel nie? Hmm.. ekceli bila baca tajuk buku nie, gambaran yang datang to me adalah jalan cerita drama Korea, "Manny" yang sangat sweet....

Bila baca sedikit isinya, memang I jatuh chenta! So, kalau nak tahu kenapa... Jom pakat pi beli buku ini ya! So, happy reading people!

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmmm?"