Pages

Wednesday 24 August 2011

Biskut Raya Edisi 2011




Biskut Raya yang mula dijual tahun 2011 oleh Aina's Homemade Biscuits... So far alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan. Thanks to incik Hubby sebab tolong I.

Buah Jentik



 
Buah jentik nie incik Hubby beli kat Pasar pagi di sini. Kami kat kedah nie panggil buah ni as buah jentik. Kalau kat tempat lain tak sure pula apa nama buah nie. So, kalau ada nama lain untuk buah nie, please share ya....

Bihun Hailam



Bubur Nasi

 Bubur Nasi Carrot & Telur Masin
 Ayam Masak Kicap
Ikan Bilis Goreng , Bawang Goreng & Cili Kering Goreng


Homemade Campak-campak Pizza


 



Pizza Sosej & Tuna....

Saturday 20 August 2011

Nasi Daging


 Kerabu Jantung Pisang
 Air Asam Kerisik 
3 biji tomato*
2 labu bawang besar*
5 tangkai cili padi*
3 tangkai cili merah*
1 biji limau kasturi
3-4 sudu air asam jawa
2-3 sudu kerisik
Gula & garam

1. Semua bahan yang bertanda (*) dihiris.
2. Campurkan semua bahan (*) di dalam bekas. Masukkan kerisik, garam dan gula. Gaul sebati.
3. Masukkan perahan air limau kasturi dan air asam jawa. Gaul sebati.

Nasi daging nie I buat dengan incik Hubby yesterday. Kami guna Perencah Nasi Daging Iman So, mudah and cepat. Jam 6 petang baru start masak nasi. Daging tue I masukkan dalam pressure cooker so cepat dan lembut elok. Hihihihihi.. Air asamnya pula hasil tangan incik Hubby. Ayam goreng rempah nie I perap guna serbuk masak hitam daging, cuma ditambah dengan sedikit madu dan garam, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.

Laksa Lemak


 I guna laksa bihun. Laksa ini lebih halus dan cepat lembut berbanding laksa biasa.
 Ulam-ulaman & telur

 

Laksa Lemak - Resipi dari Tok
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan selayang/ikan kembong - direbus dan di ambil isinya.
1 peket serbuk kari ikan*
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus*
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus*
300ml santan
Sedikit daun kesum
4 keping asam keping
3-4 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1-2 cawan air
Garam & gula
===> campurkan semua bahan yang bertanda (*) dengan sedikit santan.
Cara penyediannya:
1. Ikan direbus dengan asam keping dan garam. Kemudian diambil isinya. Tulang ikan dikisar halus dan diambil airnya.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dihiris hingga sedikit garing dan wangi.
3. Kemudian masukkan campuran bawang dan serbuk kari. Kacau hingga serbuk kari masak tetapi JANGAN SAMPAI PECAH MINYAK.
4. Setelah serbuk kari masak dan berbau wangi, masukkan isi ikan yang telah dicarik-carik. Masukkan sedikit air tulang ikan. Masukkan juga asam keping dan daun kesum.
5. Masukkan santan dan baki air tulang ikan dan biarkan seketika. Sekiranya terlalu pekat, boleh ditambah air.
6. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
7. Setelah mendidih, bolehlah ditutup apinya. Hidangkan dengan laksa dan ulam-ulamannya..

SELAMAT MENCUBA!

Sunday 14 August 2011

Sukatan Imperial/Metrik

Sumber: http://dayangjack.blogspot.com

Sukatan Imperial
Sukatan Metrik
Sukatan Cawan Metrik
(anggaran)
Sukatan Cecair Metrik
(anggaran)
1/2 oz
15 g

-

-
1 oz
30 g
1/4 cawan
60 ml
2 oz
60 g
1/3 cawan
100 ml
3 oz
90 g
1/2 cawan
125 ml
4 0z
125 g

-
150 ml
6 oz
185 g
3/4 cawan
180 ml
8 oz
250 g
1 cawan
250 ml
12 oz
375 g
1 1/4 cawan
310 ml
16 0z
500 g
1 1/2 cawan
370 ml
24 0z
750 g
2 cawan
500 ml
32 0z
1000 g
2 1/2 cawan
625 ml
3 Ib
1500 g 
(1 .5 kg)

-

-
1 tahil = 38 g
3 tahil = 100 g
1 kati = 600 g

1 cawan metrik = 250 ml
4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)
1 sudu teh metrik = 5 ml
1 sudu meja metrik = 20 ml

Lain-lain Sukatan (anggaran) :

1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g
1 cawan beras = 6 oz / 185 g
1 cawan tepung = 4 oz / 125 g
1 cawan sagu = 5 oz / 140 g
1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g
1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g
1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g
1 cawan oats = 2 oz / 80 g
1 cawan cornflake = 30 g


Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
1/16 inci
1 mm
2 1/2 inci
63 mm / 6.3 cm
1/8 inci
3 mm
3 inci
76 mm / 7.6 cm
1/6 inci
4 mm
4 inci
100 mm / 10 cm
1/5 inci
5 mm
5 inci
126 mm / 
12.6 cm
1/4 inci
6 mm
6 inci
150 mm / 15 cm
1/2 inci
12 mm / 1.2 cm
7 inci
176 mm / 
17.6 cm
3/8 inci
9 mm / 1 cm
8 inci
200 mm / 20 cm
5/8 inci
15 mm / 1.6 cm
9 inci
230 mm / 23 cm
3/4 inci
18 mm / 1.8 cm
10 inci
250 mm / 25 cm
1 inci
25 mm /2.5 cm
12 inci / 
1 kaki
302 mm / 30 cm
1 1/4 inci
31 mm / 3.1 cm
36 inci / 1 ela
906 mm / 90 cm
1 1/2 inci
38 mm / 3.8 cm
60 inci
1500 mm / 
150 cm / 1 .5 m
2 inci
50 mm / 5 cm


cm = sentimeter
mm = milimeter
m = meter

Berbuka bersama Bakers Utara...

Tarikh : 13 Ogos 2011
Masa : 6.30 petang - 9.30 malam
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani












Saturday 13 August 2011

Family Outing - Berbuka bersama Kak Umi's Family












Nasi Tumis Serai & Ayam Goreng Berempah

 Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahannya:
1 peker serbuk Masak Hitam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
3-4 sudu besar kicap lemak manis
garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Potong ayam dan cuci bersih. Saya suku perap sekejap ayam dengan limau purut untuk mendapatkan aroma yang wangi.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan serai.
3. Perapkan ayam dengan semua bahan dan perisakan dengan garam secukupnya.
4. Saya perap lebih kurang 4 jam.
5. Goreng ayam hingga masak.



Nasi Tumis Serai
Bahan-bahannya:
Beras
1 batang serai
2 helai daun pandan
kulit kayu manis
bunga lawang
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Basuh dan toskan beras. Masak menggunakan rice-cooker seperti biasa.
2. Panaskan minyak dan tumia kulit kayu manis, bunga lawang, bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3. kemudian masukkan serai yang diketuk dan juga daun pandan. Biarkan hingga berbau wangi.
4. Kemudian tuangkan semuanya di dalam rice-cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Sekali sekala kacau rata nasi.

Nasi Goreng Kari hubby's style

Nasi Goreng Kari
Bahan-bahannya:
Nasi putih
3 pokok sawi hijau
5 batang sosej
2-3 sudu besar serbuk kari daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu minyak
garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing dan berbau wangi.
2. Masuk dan goreng sebentar sosej yang telah dihiris.
3. Masukkan batang sawi. Kacau hingga sedikit layu.
4. Kemudian masukkan nasi putih yang telah digaul dengan sedikit garam. Kacau hingga sedikit kering.
5. Masukkan serbuk kari dan goreng hingga nasi menjadi garing sedikit.
6. Akhir sekali masukkan daun sawi.

Nasi Tomato & Ayam Padang

 Ayam Masak Padang
Sumber : Buku Lauk Pauk Malaysia, Singapura, Indonesia by Rubiah Suparman

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12 atau lebih)
10 tangkai cili kering
1/2 inci halia
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 kg santan (saya guna 1/2 tin susu cair)
Garam dan gula secukup rasa
3 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:
1. Siang dan bersihkan ayam
2. Kisar halus halia, kunyit hidup, bawang merah dan bawang putih.
3. Serai diketuk
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan berbau wangi. Masukkan serai dan daun limau purut
5. Masukkan santan. Masukkan ayam (saya goreng ayam dengan garam kunyit dahulu). Jika kuahnya terlalu pekat, masukkan sedikit air.
6. masak hingga ayam empuk dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 Nasi Tomato
Sumber : Buku Masakan Popular Malaysia

Bahan-bahannya:
2 sudu besar minyak sapi (saya guna olive oil)
4cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar * 3 bahan ini dikisar halus
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan
500gm beras 
700ml air
100ml susu cair
100ml tomato puri
garam secukupnya
Gajus bakar * 3 bahan ini untuk hiasan
Kismis
Bawang goreng

Cara menyediakannnya:
1. Panaskan minyak sapi. Tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sampai wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan daun pandan dan beras. Gaul selama 3-4 minit.
4. Masukkan pula air, susu, tomato puri dan garam. kacau sekali sekala hingga agak kering.
5. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan nasi masak dengan sempurna.
6. Sajikan dengan gajus, kismis dan bawang goreng. (saya masukkan sekali kismis di peringkat no 4 diatas)